Dead Car Battery Common Causes

 

Punca-punca Utama Bateri Kereta Kong!

Sebelum teknologi kereta elektrik boleh menggantikan kereta petrol, semua kereta petrol dan diesel sekarang masih bergantung kepada bateri untuk menghidupkan enjin. Apabila kereta gagal dihidupkan, kebanyakan orang akan menganggap bateri rosak. Walau bagaimanapun, ramai pemilik kereta tidak menyedari bahawa banyak faktor yang boleh menyebabkan bateri kereta kong.

 

Sebab yang paling umum bateri kereta kong:

– Litar pintas / sel mati dalam bateri kereta.

– Tempoh penyimpanan kereta terlalu lama / tidak menghidupkan enjin kereta untuk tempoh yang lama.

– Alternator rosak atau tali pinggang alternator longgar, lalu menyebabkan pengecasan yang tidak mencukupi untuk bateri kereta.

– Pendawaian yang tidak betul oleh penjual aksesori pihak ketiga.

– Pemasangan terlalu banyak aksesori. Contohnya, Amplifier besar atau Dash Cam sering mengambil kuasa bateri jika setting tidak sesuai. Peranti elektronik yang terbiar pasang di lighter port atau USB port boleh menyebabkan “parasitic discharge” juga.

– Lampu depan, lampu dalam atau radio ditinggalkan “On” apabila enjin tiada hidup.

– Kekurangan penyelenggaraan bateri kereta, seperti biar terminal kotor, berkarat atau longgar yang mengakibatkan sambungan lemah.

– Penggunaan kereta (untuk tujuan komersil) yang terlampau panjang waktu.

Kebanyakan faktor di atas (kecuali yang pertama) adalah berkaitan dengan faktor-faktor pengguna sendiri. Penyelenggaraan kereta yang betul akan dapat mencegah kerosakan bateri kereta dan memanjangkan jangka hayat bateri kereta.

Untuk mencari jenis bateri yang sesuai untuk kereta anda, sila rujuk di sini untuk memeriksa model kereta vs jenis bateri.

Untuk mendapatkan bimbingan mengenai bagaimana DIY untuk penggantian bateri, lihat video di sini.

Punca-punca Utama Bateri Kereta Kong!

You May Also Like

Leave a Reply