Sebab Lambang Bateri Kereta Bernyala.
Kebanyakan pemandu pernah menjumpai lambang bateri kereta bernyala, dan biasa akan anggap bateri kereta kong. Lambang itu memang menunjukkan bahawa bateri kereta berada dalam keadaan yang lemah, tetapi ia juga menunjukkan bahawa alternator kereta gagal memberi pengecasan yang mencukupi.
Ramai pemandu tidak perasan bahawa alternator kereta adalah komponen utama yang membekalkan kuasa kepada semua komponen elektrik kereta ketika enjin berjalan. Ia juga perlu mengecas semula bateri kereta. Kebanyakan pemandu masih silap faham bahawa bateri kereta yang membekalkan kuasa kepada kereta, padahal bateri adalah diguna untuk menghidupkan enjin saja. Apabila alternator gagal, atau alternator belt longgar, kereta akan gagal mendapat kuasa yang diperlukan. Maka kereta akan mula menarik kuasa dari bateri kereta. Oleh itu lambang bateri akan bernyala kerana sistem kereta mengesan bahawa voltan pengecasan rendah.
Adakah selamat untuk memandu apabila lambang bateri kereta bernyala?
Ini amat bergantung kepada keadaan alternator kereta. Jika alternator kereta setakat lemah semasa pengecasan, anda sepatutnya dapat memandu sampai ke mekanik berdekatan. Semua komponen elektrik, seperti penghawa dingin, radio, lampu, dan lain-lain patut ditutup untuk mengurangkan beban kepada alternator. Jangan matikan enjin anda sehingga anda telah sampai lokasi mekanik anda. Walau bagaimanapun, jika alternator kereta sudah gagal sepenuhnya, anda akan mengalami risiko enjin berhenti semasa memandu.
Pencegahan?
Pemeriksaan alternator kereta patut dibuat secara berkala semasa servis kereta. Ini adalah proses yang mudah dimana voltmeter diguna untuk memeriksa voltan alternator apabila enjin berjalan. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa kaedah pemeriksaan alternator yang salah akan menyebabkan bateri kereta kong. Sesetengah mekanik melakukan ujian mudah dengan mengeluarkan kabel negatif dari bateri apabila enjin sedang hidup. Jika enjin terus berjalan tanpa berhenti, maka mekanik akan menganggap bahawa alternator tiada masalah. Sebenarnya kaedah ini hanya dapat mengesan jika alternator gagal sepenuhnya. Sekiranya alternator hanya lemah semasa pengecasan, maka kaedah ini menjadi tidak berkesan. Sebagai contoh, apabila voltan pengecasan alternator di bawah 13V, enjin akan terus berjalan tanpa berhenti. Walau bagaimanapun voltan alternator rendah ini memang tidak mencukupi untuk mengecas bateri kereta. Oleh itu, pemandu akan silap anggap alternator mereka adalah baik, padahal bateri kereta akan kong tidak lama kemudian disebabkan voltan pengecasan yang rendah.
Untuk mencari jenis bateri yang sesuai untuk kereta anda, sila rujuk di sini untuk memeriksa model kereta vs jenis bateri.
Untuk mendapatkan bimbingan mengenai bagaimana DIY untuk penggantian bateri, lihat video di sini.
Lambang Bateri mental di meter
Minta pencerahan dan saranan otai² disini..kereta saya menghadapi masalah diatas, dan sekarang ni, simbol bateri itu masih menyala tapi dlm keadaan samar² walaupun alternator dah digantikan.
Ikut pengalaman, kemungkinan besar masalah alternator belum selesai sekiranya Tuan terbeli reconditioned alternator yang kurang kualiti.